fbpx

Sperma sel stem monyet rawat lelaki mandul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penghasilan sel-sel sperma dari sel stem monyet dapat membantu lelaki mengatasi masalah mandul. – Getty

ATHENS, GEORGIA – Sekumpulan saintis percaya bahawa penghasilan sel-sel sperma dari sel stem monyet dapat membantu lelaki yang mempunyai masalah ketidaksuburan untuk mendapatkan zuriat, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kumpulan saintis dari Universiti Georgia itu menggunakan sel stem atau sel utama yang dikumpul daripada monyet-monyet spesies rhesus macaque bagi menghasilkan sel-sel sperma tidak matang digelar round spermatids.

Mereka kemudiannya mendapati bahawa spermatids dapat mensenyawakan sel telur monyet tersebut sekali gus memberi harapan bahawa kaedah serupa boleh dilakukan ke atas manusia.

“Ini merupakan pencapaian utama dalam menghasilkan terapi berasaskan sel stem bagi merawat masalah kemandulan lelaki dalam kes-kes di mana mereka tidak mampu menghasilkan sel sperma yang sihat.

“Ia juga merupakan langkah pertama yang menunjukkan bahawa teknologi ini adalah berpotensi untuk dilakukan ke atas manusia.

“Kami menggunakan spesies haiwan yang lebih relevan dengan manusia dan mencatatkan kejayaan dalam manghasilkan embrio-embrio yang sihat,” kata ketua penyelidik, Charles Easley. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN