fbpx

Dron bantu patahkan seludup PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PGA menahan empat orang PATI warga Thailand di pangkalan haram Guchil, Jeram Perdah, kelmarin. /FOTO IHSAN PGA

RANTAU PANJANG – Usaha seorang ‘transporter’ untuk membawa masuk empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand ke negara ini gagal apabila kegiatan itu berjaya dikesan Unit Dron Pasukan Gerakan Udara Bukit Aman, kelmarin.

Susulan maklumat itu, anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan suspek dan empat orang PATI dalam serbuan di pangkalan haram Guchil, Jeram Perdah, di sini pada pukul 11.30 malam.

Pegawai Pemerintah Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, selepas menerima maklumat menerusi rakaman video dron, anggota bertugas terus bergegas ke lokasi berkenaan.

Menurutnya, anggota PGA terus menahan sebuah kereta jenis Honda Civic yang dinaiki oleh kesemua suspek.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kereta itu mendapati seorang lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai ‘transporter’ telah membawa empat orang PATI warga Thailand.

“Berdasarkan pemeriksaan, pasport tiga daripada empat PATI itu telah tamat tempoh, manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, kesemua PATI termasuk kereta yang dinaiki mereka dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah di sini untuk siasatan lanjut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI