fbpx

Balada agung Adele

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADELE bakal meluncurkan album studio keempatnya pada 19 November depan.

SELEPAS enam tahun berehat, diva Britain, Adele akhirnya mengubat kerinduan ramai apabila muncul dengan single terbaharu, sebuah lagu balada hebat berjudul Easy On Me pada 15 Oktober lalu.

Easy On Me merupakan ‘power balad’ yang mudah meresap ke jiwa sesiapa yang mendengar.

Secara peribadi, lagu ciptaan bersama Greg Kurstin dan Adele tersebut sebuah karya indah dari segi melodi, lirik dan semestinya, listrik vokal ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Semua aspek yang menjamin kecemerlangan sesebuah karya muzik tersebut diterjemah cukup syahdu bertemankan dentingan piano serta komposisi melodi minimalis, namun tetap terasa gah.

Semuanya kerana emosi yang terkandung dalam Easy On Me mudah berhubung dengan setiap pendengar, sekali gus menjadi sebuah lagi hit ‘patah hati’ yang memberi dampak besar kepada budaya pop global.

BIARPUN sekadar menduduki tangga ke-68 pada minggu pertama dalam Billboard Hot 100, Easy On Me dijangka meroket di kedudukan nombor satu minggu berikutnya.

Vokal, emosi luar biasa

Buat penulis, entah di mana istimewanya Easy On Me, materialnya sama seperti lagu balada lain, namun disebabkan emosi, penghayatan dan vokal itu datang daripada seorang wanita bernama Adele, membuatkan karya berkenaan tercatat sebagai antara lagu balada paling menjadi siulan dalam sejarah muzik dunia.

Ada beberapa penyanyi wanita dalam dunia yang apabila mereka melantunkan vokal, pendengar terdiam.

Terdiam kerana hanya kejujuran dan kelunakan vokal yang disampaikan. Antara penyanyi yang tergolong dalam kategori tersebut ialah Adele. Adele yang mampu menghipnosis peminat dengan hanya lunak vokalnya tersendiri.

Dalam Easy On Me, pendengar terus dibuktikan vokal Adele utuh berbisa. Biarpun usia semakin menginjak, gemersik suaranya terus membuatkan pendengar merinding.

Lagu untuk anak

Jika mengikut istilah teknikal, Adele tidak mempunyai julat vokal yang luas namun dia terkenal sebagai seorang vokalis hebat yang sangat istimewa dari aspek primal (suara dalam).

Terbukti dalam Easy On Me, dia dengan mudahnya ‘memuntahkan’ semua itu dan meletakkan setiap lontaran dengan perubahan notasi.

Merupakan single pertama yang ditulis dan dirakamkan dalam album 30, Easy On Me menceritakan kisah perceraian dengan mantan suami dan rasa cinta buat anak yang menjadi mangsa keruntuhan hubungan kedua ibu bapa.

Sehingga artikel ini ditulis, muzik video rasmi single tersebut telah meraih 90 juta tontonan dalam YouTube. Satu pencapaian luar biasa buat sebuah perkongsian muzik berstatus balada.

Penyanyi yang boleh cipta rekod tersebut hanyalah Adele.

Sehingga kini, peminat juga masih menanti cebisan lain yang akan dikongsi Adele menerusi album 30 pada 18 November akan datang. Tanpa perlu taakulan menjauh, album 30 semestinya memercikkan impak luar biasa buat acara muzik berprestij dunia akan datang, khususnya Grammy Awards.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI