fbpx
Foto gaun batik yang dimuat naik Miss World Malaysia 2021 bersama kenyataan bahawa batik berasal dari Malaysia. - Instagram

Netizen Indonesia marah ratu cantik kata batik berasal dari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Nama peserta pertandingan ratu cantik Miss World Malaysia, Lavanya Sivaji sedang hangat diperkatakan oleh netizen dari Indonesia selepas wanita itu mengatakan bahawa batik berasal dari Malaysia, lapor laman Instagram Makassar Info semalam.

Lavanya dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya menulis batik melambangkan kepelbagaian masyarakat di Malaysia.

“Kain batik melambangkan kepelbagaian masyarakat di Malaysia melalui warna, cetakan dan reka bentuknya yang pelbagai.

“Oleh itu, saya mempersembahkan kepada anda gaun suntuk Miss World Malaysia 2021 yang dihasilkan daripada kain batik Malaysia,” demikian menurut kenyataan yang dimuat naik oleh Lavanya.

Pada 2 Oktober 2009, batik Indonesia telah mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Intangible Cultural Heritage (ICH) atau Warisan Budaya Takbenda pada sidang UNESCO di Abu Dhabi.

Netizen yang membaca kenyataan itu kemudiannya berkongsi pendapat menerusi ruangan komen.

“Miss World ini kurang wawasan, UNESCO sudah mengiktiraf batik dari Indonesia, dia pula mengaku batik itu daripada negaranya,” demikian tulis seorang netizen.

“Anda ambil Upin Ipin sahaja sudah cukup,” kata seorang netizen lain. – AGENSI 

POPULAR