fbpx

12 kluster baharu direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Sebanyak 12 kluster baharu dikenal pasti hari ini yang terdiri daripada enam kluster tempat kerja, tiga kluster pendidikan lain, dua kluster komuniti serta satu kluster keagamaan.

Kesemua kluster tersebut dilaporkan di Johor, Selangor, Melaka, Kuala Lumpur, Sabah, Pahang dan Perak yang menjadi antara penyumbang kepada 6,630 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 15 kluster import dengan keseluruhan kes positif Covid-19 mencecah 2,420,222 kes.

“Sebanyak 101 kes (1.5 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 6,529 kes (98.5 peratus) kategori satu dan dua.

“Dalam masa sama, terdapat 7,630 kes sembuh hari ini menjadikan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,311,213 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, sebanyak 653 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala, 322 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI