fbpx

Vantage RE miliki syarikat ladang angin luar pesisir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penglibatan TNB dalam pasaran ladang angin luar pesisir bakal memberi pulangan stabil untuk jangka masa panjang.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui syarikat milik penuhnya, Vantage RE Ltd. (Vantage RE) telah menandatangani perjanjian pembe­lian saham (SPA) untuk memperoleh 49 peratus pegangan dalam syarikat ladang angin luar pesisir, Blyth Offshore Demonstrator Limited (BODL) daripada EDF Renewables (EDFR).

EDFR adalah subsidiari syarikat utiliti Perancis, Électricité de France (EDF).
Vantage RE pula dilancarkan pada 1 Julai lalu untuk memiliki, mengendalikan dan mengurus portfolio aset RE TNB di Eropah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, pemilikan tersebut menandakan penyertaan sulung TNB dalam pasaran ladang angin luar pesisir berikutan pemilikan aset angin BODL di perairan Blyth, Northumberland, England.

“Pemerolehan ini adalah satu daripada perancangan pemerolehan strategik TNB untuk memesatkan usaha mencapai visi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG),” katanya dalam kenyataan.

Aset tersebut merangkumi lima turbin angin dengan kapasiti penjanaan sebanyak 41.5MW (Blyth 1) dan hak pembangunan lanjut projek turbin angin terapung (Blyth 2) sehingga 58.4MW yang terletak berhampiran pantai Northumberland.

Setiap satu daripada lima turbin 8.3MW Blyth 1 itu didirikan di atas struktur yang berasaskan graviti selain menggunakan beban konkrit bagi menetapkan kedudukan turbin tanpa me­nembusi dasar laut.

Ladang angin tersebut telah beroperasi sejak tahun 2017 di bawah rejim subsidi Renewable Obligation Certificates (ROC).

Ia dijangka memberi pulangan pendapatan yang stabil.

Selain itu, Blyth 2 adalah projek turbin angin luar pesisir terapung inovatif yang kini berada dalam peringkat awal pembangunan.

Mengulas lanjut, Baharin menjelaskan, TNB seperti juga EDFR berkongsi aspirasi untuk terus memacu pembangunan les­tari bagi pihak berkepentingan dengan menyalurkan bekalan tenaga yang berdaya harap dan mampu milik, melakukan inovasi dan peralihan tenaga serta menyediakan generasi masa depan dengan keupayaan untuk hidup dalam suasana ekonomi, alam sekitar dan sosial yang berkualiti.

Tambah beliau, pembabitan dalam sektor ladang angin luar pesisir UK akan membolehkan TNB memanfaatkan pengalaman sedia adanya melalui pengurusan Vantage RE.

Ia juga dapat meluaskan keupayaan teknologi, memperkasadan membangunkan bakat-bakat yang ada dalam Kumpulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI