fbpx

Tebing sungai rebak punca banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roszaidi Zakaria menunjukkan kedudukan paras air banjir yang melanda kawasan rumahnya malam tadi di Jalan Haji Miskon Kampung Temerlok Trong.- Foto Wat Kamal Abas

BUKIT GANTANG – Seramai 61 orang daripada 19 keluarga terpaksa berpindah ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Temerlok setelah kediaman mereka dinaiki air awal pagi tadi tadi ekoran hujan lebat kira-kira lapan jam sejak petang semalam.

Kesemua penduduk yang terjejas dengan banjir telah mula dipindahkan kira-kira pukul 2 pagi tadi di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Temerlok dan PPS Surau Nurul Hidayah.

Penduduk mendakwa, banjir kilat berpunca dari selekoh ban tebing Sungai Temerlok yang rebak menyebabkan air sungai melimpah masuk ke kawasan penempatan mereka.

Seorang penduduk, Basri Shafie, 51, berkata, ini merupakan banjir kali ketiga di kampung tersebut.

“Kali ini tebing Sungai Temerlok yang rebak menyebabkan air sungai masuk ke kawasan kebun kelapa sawit dan membanjiri rumah penduduk,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI