fbpx

PUNB tawar moratorium penuh, tambahan diskaun sewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peniaga memerlukan bantuan kewangan untuk kembali pulih secara berperingkat. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menawarkan pemberian moratorium penuh ke atas prinsipal dan keuntungan kepada rakan usahawan yang layak dan tambahan diskaun sewa sebanyak 20 peratus kepada 70 peratus bagi penyewa premis perniagaan PUNB bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Izwan Zainuddin berkata, penambahbaikan tersebut dibuat ke atas pelaksanaan
mo­ratorium sebelum ini yang hanya melibatkan pembayaran prinsipal dan tawaran diskaun 50 peratus bagi sewa premis ­perniagaan.

Menurut beliau, langkah proaktif tersebut bertujuan untuk memastikan kelangsungan perniagaan dan membantu usahawan yang kini dalam proses pemulihan perniagaan ketika negara sedang bersedia memasuki fasa endemik.

Jelasnya, pemberian moratorium dan penambahan diskaun sewa tersebut adalah untuk memberi kelegaan daripada aspek aliran tunai segera kepada usahawan yang mungkin menghadapi kekangan kewangan sementara akibat pandemik.

 

“Secara automatik, semua rakan usahawan PUNB yang telah mendapat moratorium bagi tempoh Januari hingga Jun 2021, usahawan baharu, penerima pembiayaan tambahan dan syarikat yang menerima pembiayaan di bawah Skim Bumiputera Relief Financing (BRF) dan Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid- 19 (SPUR) layak menerima inisiatif ini.

“Pemberian moratorium bagi tempoh Januari hingga Disember 2021 ini telah memberi manfaat kepada hampir 3,300 syarikat rakan usahawan PUNB dengan jumlah sebanyak RM118.51 juta,” katanya dalam kenyataannya.

Selain itu, Izwan menjelaskan, pemberian diskaun tambahan ke atas sewa premis perniagaan melibatkan anggaran kutipan sewa sebanyak RM6.78 juta bagi tempoh Januari hingga Disember 2021 dengan melibatkan seramai 246 penyewa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI