fbpx

Tiada tarikh sebenar perkhidmatan monorail Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Masalah perkhidmatan monorail di Putrajaya yang masih tertangguh sejak 2000 sehingga kini masih dalam usaha perlaksanaannya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong berkata, masih tiada lagi tarikh sebenar perkhidmatan tersebut akan dijalankan ketika ini.

“Untuk menjawab pertayaan itu, bagi (projek) yang belum siap kita akan terus usahakan, mungkin akan mengambil sedikit masa. Saya tidak ada tarikh sebenar yang ditetapkan,” jelasnya di persidangan Dewan Negara di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab celahan dari Senator Hisamudin Yahaya yang ingin tahu berkenaan perkhidmatan monorail di Putrajaya yang masih tertangguh.

Jelas Hisamudin, landasan monorail tersebut telah lama siap iaitu sejak tahun 2000 lagi namun perkhidmatan pengangkutan awam itu masih lagi tertangguh sehingga kini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI