fbpx

‘Perbuatan kekasih Sajat tidak jejaskan tugas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan menganggap perbuatan kekasih Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat mempersendakan gambarnya tidak sesekali mengganggu tugasnya sebagai pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Abd. Jalil, perbuatan yang dilakukan oleh Jad Issa atau Jadoos itu menjadi sebahagian asam garam sepanjang berkhidmat dalam pasukan PDRM.

“Saya sudah biasa menghadapi kecaman seperti ini, malah sudah jadi asam garam sebagai pihak berkuasa seperti PDRM semasa menjalankan penugasan seharian.

“Jadi saya tidak ralat dan kepada Allah kita berserah. Semoga mereka akan diberikan petunjuk dan hidayah,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Berita berkaitan: Sajat ‘cerai’ talak tiga dengan Malaysia, bahagia di Australia

Berita berkaitan: ‘Saya bukan pelarian tetapi penduduk tetap Australia’

Mengulas mengenai perkembangan siasatan ke atas Sajat, Abd. Jalil memberitahu, pihak­nya masih menunggu pengesahan berhubung lokasi keberadaan usahawan itu.

“Buat masa ini saya tidak boleh memberikan sebarang kenyataan,” katanya ringkas.

Berita berkaitan: Kekasih Sajat ‘serang’ pegawai polis

Terdahulu, Jadoos memuat naik sekeping gambar di Insta­Story mempersendakan Abd. Jalil dengan meletakkan topi di kepala selain memakaikan kaca mata hitam.

Tangan kanan pegawai ka­nan itu pula memegang pizza, manakala tangan kirinya pula memegang air minuman.

Motif sebenar warga Lubnan itu berbuat demikian tidak diketahui, namun dipercayai mempunyai kaitan dengan usaha PDRM untuk membawa pulang Sajat ke Malaysia bagi perbicaraan di mahkamah selain kes polis.

 

POPULAR