fbpx

Malaysia sedia lindungi hak pelaut jika jadi ahli Majlis IMO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong menyerahkan sumbangan kerajaan Malaysia kepada IMO sambil disaksikan Zakri Jaafar (kiri) dan Kitack Lim (kanan). – Ihsan Kementerian Pengangkutan

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia memberi jaminan penuh sedia melindungi segala hak dan kebajikan pelaut termasuk rawatan perubatan dalam mendepani cabaran wabak Covid-19.

Ia disuarakan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong pada majlis resepsi bersempena 50 tahun Malaysia menyertai Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) di London, Britain semalam.

Acara khas meraikan delegasi IMO, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu juga dihadiri Setiausaha Agungnya, Kitack Lim dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain, Zakri Jaafar sebagai kempen pemilihan semula Malaysia menduduki Ahli Majlis kategori C penggal 2022-2023 yang akan dibuat ketika Sesi Ke-32 Perhimpunan IMO akhir tahun ini.

Sejumlah 27 negara bersaing sengit mengisi 20 tempat, manakala kategori A menyaksikan kesemua 10 negara menang tanpa bertanding dan B pula 11 calon merebut 10 kerusi majlis.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, Malaysia berjanji akan memastikan libat urus konstruktif, positif dan proaktif dalam IMO terutama dengan menjadi ahli majlis organisasi PBB tersebut.

“Malaysia turut akan sentiasa aktif dalam meneruskan penggalakkan kerjasama maritim dan agenda ratifikasi pelbagai instrumen perundangan sejagat yang berkaitan IMO.

“Saya juga berbesar hati bagi memaklumkan bahawa Malaysia akan meneruskan sumbangan dana kepada IMO untuk meneruskan segala aktiviti dan juga membela nasib pelaut,” katanya.

Beliau juga menyuarakan komitmen Malaysia memastikan laluan perkapalan utama negara di Selat Melaka akan terus kekal selamat dan terbuka untuk aktiviti pelayaran antarabangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI