fbpx

Baru lahir ke dunia sudah jadi mangsa dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – “Bayi lahir-lahir dah ketagih dadah, badan keluar-keluar dah menggigil-gigil”

Itulah perkongsian seorang pengendali laman Twitter @PuanCorona yang berkongsi kisah kawannya yang bekerja di salah sebuah hospital dipercayai di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang tular di Twitter itu, dia menceritakan kawannya telah menguruskan satu kes seorang ibu yang nak bersalin tetapi sedang dalam pengaruh dadah sehingga menyebabkan bayi tersebut terkesan dengan dadah.

“Pasal dadah ini, teringat kawan saya yang berkerja dekat NICU. Ibu bayi beranak tengah ‘high’. Memang positif dadah, bayi lahir-lahir dah ketagih dadah. Selepas itu badan bayi itu menggigil-gigil.

“Selepas itu kena bagi ‘morphine’, kesian bayi lahir-lahir dah ketagih dadah, bukan seorang bayi sahaja macam itu tetapi ramai,” tulisnya dalam Twitter itu.

Susulan perkongsian itu, orang ramai berasa simpati dengan nasib yang ditimpa oleh bayi tersebut dan ada juga yang menasihiti ibu mengandung supaya meninggalkan najis dadah demi kesihatan kandungan.

“Serius kesian dengan bayi yang lahir dekat dunia macam itu, bukan dosa dia tapi kecil-kecil dah kena tanggung dosa orang lain, saya doakan bayi-bayi yang menjadi mangsa macam ini sentiasa diberikan kesihatan,” kata @AinisYairi.

“Teringat dokumentari dibuat oleh AJ+ berkaitan bayi yang lahir dah ‘high’ dadah, dalam video itu tunjuk ‘baby’ menggigil teruk, bila saya tengok cerita itu automatik mengalir air mata saya,” jelas @MohdZain.

“Lahir ke bumi ini dah kena pikul salah orang lain, apalah yang baby ini rasa dan tak dapat bayang perasaan petugas-petugas yang menyaksikan bayi itu ketagih menggigil, semoga segala urusan dipermudahkan,” ujar @MaxxMikehael.

Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih 11,400 tanda suka dan 7,801 ulang kicau di media sosial Twitter miliknya – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI