fbpx

Kes aktif bawah 90,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pesakit sedang dirawat dan diasingkan terus mencatatkan penurunan di bawah angka 90,000 dengan 89,173 kes dilaporkan semalam.

Menurut data pada laman web CovidNow, daripada jumlah tersebut, 68,612 kes dikuarantin di rumah, 12,935 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 6,947 kes di hospital, 332 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 347 kes di ICU memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, terdapat 72 kes kematian direkodkan serta tiada kematian harian sepanjang tempoh 24 jam semalam.

“Ini menjadikan jumlah terkini kematian Covid-19 sebanyak 27,993 kes manakala terdapat sembilan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID). Jumlah kes BID terkini sebanyak 5,655 kes,” menurut laman web tersebut.

Kesemua kematian dilaporkan di Johor (18), Sarawak (13), Kedah (9), Pulau Pinang (7), Sabah (5), Kelantan (4), Perak (3), Terengganu (3), Kuala Lumpur (3), Melaka (2), Pahang (2), Selangor (2) dan Perlis (1) serta tiada kematian di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya.

Dalam pada itu, daripada 5,434 kes harian yang dilaporkan, Selangor (800 kes), Johor (698 kes), Sarawak (694 kes), Kelantan (643 kes), Sabah (497 kes), Perak (363 kes), Kedah (324 kes), Terengganu (311 kes), Pahang (253 kes), Pulau Pinang (232 kes) dan Kuala Lumpur (223 kes).

Negeri lain ialah Melaka (211 kes), Negeri Sembilan (151 kes), Perlis (18 kes), Putrajaya (14 kes) dan Labuan (dua kes). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI