fbpx

Liyana Jasmay risau, benci bentuk badan terkini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIYANA memerlukan sokongan moral pengikutnya untuk menurunkan lima kilogram berat badannya awal November depan.

PETALING JAYA – Asyik makan dan berasakan bentuk fizikalnya semakin berubah, penyanyi dan pelakon Liyana Jasmay menyasarkan mahu menurunkan berat badannya sebanyak lima kilogram.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Liyana meluahkan rasa risau dan kurang selesa akan bentuk badan terkininya sambil memuat naik sekeping foto lama dirinya yang kelihatan cantik, kurus dan ramping berbanding ketika ini.

“Saya boleh lakukan ini. Saya kena kurus seperti sebelumnya. Okey, kamu semua tolong ya bagi sokongan moral sikit dekat saya.

“Hari tu dah okey, tapi bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah dilonggarkan dan penggambaran sudah boleh dilakukan, terus naik badan ni.

“Lepas dua minggu penggambaran, kami asyik makan sahaja,” katanya tanpa mendedahkan berapa berat badan terkininya.

Pada hantaran sama, pelantun lagu Cinta Bersatu itu kini memfokuskan matlamatnya untuk menurunkan berat badan sekurang-kurangnya lima kilogram pada awal November.

“Matlamat saya sekarang ni nak hilangkan lima kilogram. Harap boleh capai awal November ini,” tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis tampil memberikan sokongan padu kepada Liyana, 33, untuk mencapai matlamatnya memiliki berat badan ideal.

“Pasti boleh kalau setakat lima kilogram tu. Badan akak bukan besar sangat pun. Diet dan buat senaman sikit pasti turun.

“Awak pasti boleh! Liyana Jasmay kot. Jom kekal sihat dan cantik bersama-sama,” tulis netizen sebagai sokongan.

Dalam pada itu, ada juga pengikut yang memberikan tip sihat dan cara mudah menurunkan berat badan kepada ibu dua anak itu.

Untuk rekod, Liyana bernikah dengan ahli perniagaan muda, Fathudin Mazlan, 37, pada Februari 2013 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI