fbpx

Tekad Pedri terus bantu Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEDRI menandatangani kontrak baharu bersama Barcelona sekali gus menyaksikannya kekal di Camp Nou sehingga 2026. – AFP

BARCELONA – Pemain tengah Barcelona, Pedri meluahkan keinginannya untuk memenangi segala-galanya bersama gergasi Sepanyol itu bagi membalas kepercayaan kelab yang menawarkan kontrak baharu kepadanya baru-baru ini.

Bintang muda Sepanyol ber­usia 18 tahun itu bersetuju melanjutkan perjanjian baharu bersama The Catalan sehingga musim 2026 beserta klausa perpindahan tinggi bernilai €1 bi­lion (RM4.82 bilion) dalam kontraknya.

Tiada siapa menjangkakan situasi itu mampu terjadi kerana Pedri hanya menyertai Barcelona daripada Las Palmas tahun lalu dengan yuran perpindahan serendah €5 juta (RM24.12 juta).

“Saya mahu terus berada di sini untuk satu tempoh yang panjang. Walaupun sekarang adalah fasa yang sukar tetapi kelab ini masih antara pasukan terbaik di dunia.

“Saya enggan mensia-siakan waktu bersama pasukan terbaik seperti Barcelona. Saya berhajat untuk memenangi pelbagai trofi dalam setiap tahun bersama pasukan ini,” kata Pedri.

Pedri masih belum berehat daripada bermain bola sepak sejak menyertai Barcelona apabila dia terus diserapkan dalam skuad Sepanyol menghadapi Euro 2020 dan Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebaik berakhinya saingan La Liga musim lalu.

Secara keseluruhan, Pedri sudah bermain 52 perlawanan dalam semua kejohanan musim lalu dan merupakan salah seorang daripada tujuh pemain yang mempunyai banyak minit permainan iaitu 3,529 minit.

“Saya melupakan segala-gala­nya apabila saya turun beraksi di atas padang. Fokus saya ha­nyalah mahu membantu pasukan dan membalas kepercayaan yang diberikan,” jelas­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI