fbpx
GAYA rambut baharu Fasha Sandha yang menuai pujian ramai kerana membuatkan dia kelihatan lebih muda.

Iras J.Lo, Fasha macam anak daralah!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBUT sahaja nama Fasha Sandha, terus terbayang lakonan hebat yang sering dipersembahkan kepada umum.

Berilah apa sahaja watak, pasti cemerlang prestasinya.

Membuktikan perkara tersebut, Fasha sanggup menukar warna dan potongan rambutnya demi watak yang akan dijayakan dalam sebuah drama tidak lama lagi.

Daripada rambut panjang menjadi pendek dan warna hitam bertukar perang. Itulah pengorbanan yang dilakukan Fasha sebagai seorang pelakon berwibawa.

Apabila sudah bertukar warna, dia juga tidak terlepas daripada sebarang kecaman, namun masih ada yang memuji dengan imej baharu tersebut.

Kata netizen, Fasha nampak lebih muda dengan potongan rambut pendek, yang ini Diva pun setuju.

“Anak dara atau mak orang ini? Cantik teruk,” puji seorang peminatnya.

“Ada iras Jennifer Lopez pula bila lihat Fasha buat gaya begini,” komen seorang lagi netizen.

Rasa tidak sabar pula hendak menonton drama tersebut nanti. Mesti hebat.

DIVA: Harap tiada lagi kes golongan artis tanah air ‘kantoi’ mengambil dadah. Jangan busukkan nama sendiri.

POPULAR