fbpx
Shahrol Shiro.

Shahrol Shiro persoal pemilihan juri MLM2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Juri program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) sepatutnya dalam kalangan pelawak atau mereka yang mempunyai pengalaman membuat persembahan di atas pentas.

Pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro berkata, golongan seperti itu lebih arif sebagai juri program komedi dan boleh memberi teguran membina supaya peserta MLM2021 tahu kesilapan mereka.

“Dengan itu kualiti persembahan boleh ditingkatkan pada minggu hadapan. Jika dibandingkan program pertandingan komedi di Indonesia, jurinya semua berpengalaman luas dalam bidang komedi.

Tangkap layar hantaran yang dimuat naik beliau di laman Facebooknya, malam tadi.

“Jadi mereka tahu kesilapan dan memberi teguran yang membina. Peserta dapat memperbaiki jadi yang lebih baik minggu hadapan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya malam tadi.

Program Maharaja Lawak Mega kembali bersiaran semalam dengan barisan juri terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Diana Danielle, Noh Salleh, Uqasha Senrose dan seorang juri misteri yang hanya akan diumumkan pada final MLM2021.

Shahrol Shiro yang juga bekas juara MLM2018 berkata, beliau membuat teguran itu kerana mahu melihat komedi di negara ini setara atau lebih baik berbanding Indonesia.

“Jika dilihat program nyanyian seperti Gegar Vaganza semua juri memang “power” dalam bidang muzik seperti Datuk Ramli MS dan lain-lain,” katanya.

Teguran beliau tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang rata-rata bersetuju dengan pandangan berkenaan. – K! ONLINE

POPULAR