fbpx

Pulau Pinang ‘diserbu’ pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelancong domestik mengambil kesempatan cuti hujung minggu bagi mengunjungi Lebuh Armenian, dekat sini hari ini.

GEORGE TOWN – Beberapa lokasi tumpuan pelancong di bandar raya ini yang sebelum ini sepi kini kembali ceria apabila ‘diserbu’ pelancong yang mula tiba sejak semalam.

Tinjauan Kosmo! di sekitar lokasi tumpuan pelancong seperti Lebuh Armenian, Jalan Penang dan Bukit Bendera mendapati lokasi terbabit kembali bernafas selepas dikunjungi orang ramai.

Seorang pelancong dari Kuala Lumpur, Nur Aida Hussin, 24, berkata, dia mengambil kesempatan bercuti bersama tiga lagi rakan dari selepas sekian lama berhasrat ke negeri ini.

“Walaupun masih berada dalam ancaman pandemik Covid-19, saya akan pastikan kami semua mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dan kebersihan.

“Banyak lokasi-lokasi tarikan baharu yang saya belum terokai kerana kali terakhir ke Pulau Pinang sekitar lapan tahun lalu,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Lebuh Armenian hari ini.

Sementara itu, Pantai Batu Ferringhi di sini turut meriah dengan kehadiran orang ramai yang mengambil kesempatan bermandi-manda dan bermain sukan air.

Sebelum ini, Pengerusi Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan, Yeoh Soon Hin berkata, kira-kira 50,000 pelancong domestik dijangka mengunjungi ke Pulau Pinang pada hujung minggu ini.

Ia berikutan selepas kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri bermula Isnin lalu. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI