fbpx
Dua keping gambar yang tular di beberapa portal automotif menunjukkan Honda Jazz keluaran terakhir.

Pengeluaran Honda Jazz ditamatkan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Sudah berada di jalan raya sejak 2001 sehingga tahun ini, jenama Honda Jazz memang tidak asing lagi bagi rakyat negara ini.

Mempunyai bentuk kecil dan menarik serta ketahanan enjin yang tidak boleh disangkal lagi, ternyata kereta ini mendapat permintaan tinggi di Malaysia terutamanya bagi golongan muda.

Terkini, Honda Jazz bakal menamatkan pengeluarannya pada tahun ini, bermakna jenama terkenal ini tidak ada lagi yang baharu selepas ini.

Menurut satu perkongsian di beberapa portal mekanikal tempatan, dua foto menunjukkan beberapa orang petugas Honda bergambar dengan kereta Honda Jazz terakhir yang dikeluarkan.

Rata-rata orang ramai menyifatkan penamatan model tersebut membuatkan kereta itu menjadi legenda kerana mempunyai peminatnya yang tersendiri.

“Lepas ni dah jadi mahal la harga kereta ni sebab dah tak ada lagi keluaran terbaru. Ikhlas aku cakap Honda Jazz ni cukup popular terutamanya di Malaysia dengan Thailand,” jelas Mat Deen EG.

“Ala, saya baru je jual tahun lepas. Sayang pula rasanya dah jadi barang ‘rare’ dah ni. Siapa yang ada tu simpan la tunjuk dekat anak cucu nanti,” kata Jo Rahman Bangsar. – K! ONLINE

POPULAR