fbpx

Kuala Langat pula telah pulih sepenuh bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kakitangan Air Selangor sedang membantu seorang kanak-kanak mengangkat beberapa botol berisi air-Ihsan Air Selangor

SHAH ALAM- Kuala Langat menjadi wilayah kedua selepas Hulu Selangor telah menerima bekalan air sepenuhnya setakat pukul 3 petang tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berkata, tiga wilayah lain iaitu turut mencatatkan peratusan pemulihan melebihi 90 peratus iaitu Kuala Selangor (99.4 peratus), Petaling ( 98.9peratus) dan Shah Alam ( 98.1 peratus).

“Bagi Gombak pula adalah 73 peratus, Kuala Lumpur (64.8 peratus) sementara Klang (24.8 peratus).

“Status pemulihan kawasan yang terjejas, Pili Air Awam serta Stesen Pengisian Air Komersial boleh didapati di pautan hentitugas.airselangor.com ,” katanya.

Air Selangor menegaskan bekalan air di 998 kawasan yang terjejas sebelum ini secara keseluruhan telah mencapai 78 peratus. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI