fbpx

Empat balai bomba baharu dibina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL (lima dari kanan) melakukan pemeriksaan barisan sempena lawatan kerja beliay di Balai Bomba dan Penyelamat Raub di Raub hari ini.

RAUB – Kerajaan akan membina empat buah balai bomba baharu tahun ini dalam usaha memperkasakan perkhidmatan bomba di seluruh negara seterusnya memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib berkata, empat balai bomba baharu itu akan dibina di Sungai Lembing,Kuantan; Gohtong, Genting Highlands, Kuala Lumpur dan di Subang, Selangor yang akan menjadi pusat operasi helikopter.

“Pada masa ini tapak projek pembinaan telah dikenal pasti dan proses tender sedang dilakukan sebelum proses pembinaan akan dimulakan secepat mungkin.

“Bomba adalah pasukan penting bukan sahaja memadamkan kebakaran tetapi kemalangan, banjir, tanah runtuh dan sebagainya, jadi saya mengharapkan peningkatan dari segi infrastruktur, fasiliti dan kebajikan anggota,” katanya sempena lawatan kerja di Balai Bomba dan Penyelamat Raub di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Azhar Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Muhammad Hamdan Wahid dan Pengarah JBPM Pahang, Ir. Wan Mohammad Zaidi Wan Isa.

Balai Bomba Raub yang mula beroperasi pada 1960 dinaiktaraf pada 2017 dan siap 30 Ogos lalu melibatkan peruntukan kira-kira RM3.14 juta.

Menurut Ismail pada masa ini terdapat 324 buah balai bomba di seluruh negara dengan anggota dan pegawai seramai kira-kira 15,000 orang.

Beliau memberitahu, pembinaan balai bomba empat balai baharu berkenaan dilakukan selepas melihat kepentingan dan signifikan pembinaannya di kawasan berkenaan khsususnya dalam operasi menyelamat.

Katanya, pihak kerajaan akan terus melakukan penilaian bagi pembinaan baharu dan menaik taraf balai bomba di seluruh negara bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Sementara itu beliau berkata, pihak bomba sentiasa bersiap siaga termasuklah dalam berhadapan kemungkinan kejadian banjir pada penghujung tahun ini.

Katanya, aset diperlukan berada dalam keadaan yang baik dan pasukan juga sentiasa bersedia untuk melakukan penugasan pada bila-bila masa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI