fbpx

Sterling mahu jaminan dahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STERLING mahu jaminan bahawa dia akan kekal berada dalam kesebelasan utama sebelum bersetuju untuk menandatangani kontrak baharu. – AFP

MANCHESTER – Pemain sensasi Manchester City, Raheem Sterling dikatakan mahu mendapat jaminan terlebih dahulu mengenai peranannya bersama pasukan tersebut sebelum bersedia menandatangani kontrak lanjutan.

Pemain berusia 26 tahun itu berada dalam tempoh dua tahun terakhir kontraknya di Etihad dan menangguhkan sementara proses rundingan untuk kontrak baharunya.

Sterling hanya empat kali diturunkan dalam skuad utama skuad kendalian Pep Guardiola daripada 11 aksi musim ini.

Gergasi Sepanyol, Barcelona dilaporkan sedang memantau perkembangan Sterling dan berharap pemain itu bersetuju untuk menyertai mereka sekiranya enggan kekal bersama City.

Bagaimanapun, City meng­akui tidak mempunyai hasrat untuk melepaskan khidmat Sterling pada Januari nanti sebaliknya mahu pemain itu menandatangani kontrak baharu dan kekal bersama mereka.

Guardiola selepas aksi menentang Paris Saint-Germain dalam saingan Liga Juara-Juara 28 September lalu mengakui bahawa Sterling merupakan seorang penyerang yang baik dan tonggak penting selain sering mencipta gerak yang baik untuk pasukan.

“Raheem sentiasa menjadi pemain terbaik untuk beraksi di bahagian kanan. Kami mendapat 100 mata semusim ketika dia beraksi di posisi berkenaan dan 98 mata ketika bermain di sebelah kanan. Dia adalah pemain penting bagi kelab ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI