fbpx

Pemuda berdepan hukuman mati bunuh ibu bapa kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH (dua dari kiri) dibawa keluar dari mahkamah selepas dituduh membunuh ibu dan bapanya di Mahkamah Majistret Lipis di Lipis hari ini.

LIPIS – Seorang penganggur berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan selepas didakwa di Mahkamah Majistret Lipis di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu dan ayah kandungnya di Kampung Kemahang di sini pada 4 Oktober lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang kelihatan tenang dan mengganguk faham selepas dua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Aisyah Ahmad.

Mengikut pertuduhan pertama pada 4 Oktober lalu antara pukul 11 malam hingga 12 malam tertuduh Ahmad Hafizuddin Mohammad,31, telah membunuh Mohamad Maasai, 68 di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kemahang, Benta di sini.

Berita berkaitan: Suami isteri maut dibunuh anak kandung 

Bagi pertuduhan kedua pula pada tarikh yang sama antara pukul 11 malam hingga 12 malam tertuduh didakwa membunuh Zailan Zainudin, 64, di rumah yang sama di Kampung Kemahang, Benta di sini.

Dengan itu tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamad Noh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu Muhammad Muhairi meminta agar tertuduh dirujuk ke hospital psiakiatri bagi melakukan ujian mental dan memohon mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh.

Siti Aisyah kemudiannya memerintahkan tertuduh dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital Permai, Johor Bharu selama sebulam mengikut Seksyen 342 (5) Kanun Tatatacara Jenayah.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 November depan bagi sebutan semula kes. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI