fbpx

Bicara ditangguh, peguam hadir pengebumian pengajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Shafee

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan sehingga 26 Oktober ini perbicaraan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang menghadapi tuduhan pengubahan wang haram RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan penangguhan kerana peguam Harvinderjit Singh yang mengetuai pasukan pembelaan perlu menghadiri upacara pengebumian pengajar (Master) beliau sebelum diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara.

Seorang lagi peguam, Sarah Abishegam ketika memaklumkan perkara itu berkata, kedua-dua pihak telah bersetuju dengan tarikh gantian iaitu pada 26 dan 27 Oktober ini.

Pihak pembelaan turut memohon tarikh perbicaraan pada November ini dilapangkan kerana Muhammad Shafee terikat dengan kes lain.

Ujar Sarah, seramai tiga saksi lagi akan dipanggil memberi keterangan dan perbicaraan selama empat hari adalah memadai bagi mendengar keterangan mereka.

Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz yang mengetuai pendakwaan mengesahkan bahawa pihaknya tiada bantahan terhadap penangguhan dan tarikh-tarikh yang dicadangkan seterusnya pada 8 dan 10 Disember ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN