fbpx

Pelanggan bertuah MR D.I.Y. menang Proton X50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang kakitangan khidmat pelanggan, Syed Muhd. Tirmizi, 27, tidak pernah menyangka penyertaan tunggal yang dihantarnya untuk pe­raduan MR D.I.Y. x P&G Buy & Win 2.0 baru-baru ini telah berjaya memberi tuah sekali gus membo­lehkan dia membawa pulang ha­diah utama sebuah Proton X50.

Warga Kuching, Sarawak itu berkata, ini merupakan kali pertama dia memenangi peraduan sepanjang hidupnya.

“Saya sudah pun memiliki kenderaan sendiri, jadi hadiah ini akan diberikan kepada ibu bapa saya.

“Kereta yang digunakan mereka juga telah berusia 10 tahun dan sudah tiba masanya kereta itu ditukarkan kepada kenderaan baharu. Mereka tentu gembira!” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Peraduan tersebut yang merupakan kerjasama antara peruncit barangan pembaikan rumah terbesar negara, MR D.I.Y. dengan Procter & Gamble Sdn. Bhd. (P&G) menyaksikan 556 pemenang bertuah lain membawa pulang pelbagai hadiah menarik, termasuk dua pemenang tempat pertama yang menerima sebuah iPhone 12 Pro Max.

Empat pemenang tempat ke­dua menerima iPad, manakala 550 pemenang saguhati mendapat baucar tunai MR D.I.Y. bernilai RM100 setiap seorang.

Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Andy Chin berkata, MR D.I.Y. tidak hanya menawarkan barangan berkualiti pada harga rendah, malah pe­ngalaman membeli-belah yang menyeronokkan buat pelanggan setia yang datang berkunjung sepanjang tahun.

“Kerjasama kedua kami de­ngan P&G sekali lagi berjaya menarik minat pelanggan dan kami berterima kasih kepada mereka yang berjaya menganjurkan pe­raduan yang menyeronokkan, buat pelanggan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI