fbpx

[VIDEO] Pokok keladi depan masjid pun kena rembat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV kejadian kecurian keladi hiasan di sebuah kedai di Kota Bharu baru-baru ini.

PETALING JAYA – Betul kata orang, “kalau dah minat, tak dapat beli, curi pun jadi”.

Dalam satu kejadian yang berlaku di sebuah masjid di Kota Bharu, Kelantan yang berjaya dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) menyaksikan satu pasangan telah berjaya mencuri dua keladi hiasan.

Dapat disaksikan melalui video CCTV yang tular itu, dua pasu keladi hiasan telah dicuri oleh pasangan tersebut ketika waktu jemaah pulang dari surau selepas solat subuh.

Paling menarik perhatian apabila pemilik asal video tersebut walaupun keladi hiasannya dicuri tetapi masih lagi mampu ketawa dan bergurau ketika menyaksikan balik rakaman kecurian tersebut.

“Curi tu tinggal lah pasu tu balik kak, pasu tu tak hidup tu. Kecurian berlaku pada hari yang baik dan selepas subuh yang barokah ini.

“Ambil satu tak cukup, sekali dua-dua dia rembat. Alhamdulillah rezeki dia,” jelasnya.

“Yang curi tu curi la, paling kelakar pemilik video ni. Ada pula dia suruh tinggal balik pasu keladi tu. Mana nak sempat orang tu nak gali dulu keladi tu,” jelas Nik Furrs.

“Kalau dah minat, boleh dia curi. Angkut sekali dengan pasu. Kalau tak mampu tak payah la minat-minat benda mahal ni,” jelas Man Civic.

Pokok keladi hiasan kini menjadi kegilaan orang ramai dan harganya dikatakan mencecah lebih RM1,000 mengikut corak daun.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI