fbpx

Penolong pegawai agensi perladangan buat tuntutan palsu RM15,000 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang penolong pegawai sebuah agensi perladangan ditahan hari ini selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM15,000.

Suspek lelaki berusia 41 tahun itu ditahan pukul 4 petang tadi di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor ketika hadir memberikan keterangan.

Sumber memberitahu, kejadian berlaku pada 2018 dengan difahamkan suspek bertugas sebagai pengurus perniagaan agensi yang sama di kawasan Klang telah bersubahat dengan seorang pemilik syarikat dalam mengemukakan tuntutan palsu.

“Ini melibatkan tuntutan kerja-kerja pembekalan pasir sungai dan tanah kepada agensi perladangan tersebut, sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dengan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Suspek akan akan dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, esok,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI