fbpx

Watak Tan Sri, Datuk Seri dalam drama perlu hormati prinsip Rukun Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Penggunaan gelaran Tan Sri dan Datuk Seri dalam skrip drama dibolehkan selagi ia tidak melanggar garis panduan ditetapkan dan sentiasa menghormati prinsip Rukun Negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan memahami dalam industri penulian kreatif memang ada sifat-sifat yang akan digambarkan untuk menyampaikan mesej tertentu.

“Dalam masyarakat kita memang ada banyak jenis gelaran (seperti) Cikgu, Ustaz, Ustazah, Tok Imam, Tok Guru, Yang Berhormat, Datuk Seri, Datin, Tun dan sebagainya.

“Sememangnya dalam penulisan kretif ada sifat antagonis dan sebagainya. Jadi selagi mana penulisan itu membawa mesej yang tidak melanggar garis panduan dan menghormati prinsip Rukun Negara, maka kita mengizinkan pendekatan kreatif termasuk dalam penulisan skrip drama,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Hasanuddin Mohd. Yunus (PH-Hulu Langat) berhubung skrip drama menggunakan watak Tan Sri dan Datuk Seri yang tidak bermoral seperti melakukan hubungan sulit dengan isteri orang serta mengambil rasuah kerana ia menjatuhkan imej gelaran tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI