fbpx

Wanita Singapura dera budak autisme berdepan dua tuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV kejadian seorang wanita mengasari kanak-kanak OKU di sebuah pusat asuhan di Ampang, baru-baru ini.

AMPANG – Wanita warga Singapura yang dikatakan mendera seorang kanak-kanak autisme di sebuah pusat asuhan di Bandar Baru Ampang di sini akan didakwa di Mahkamah Ampang pada Rabu ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pertuduhan ke atas wanita berusia 51 tahun itu dilakukan selepas siasatan kes berkenaan selesai.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

“Kita terima arahan untuk menuduh orang kena tahan (OKT) di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seksyen 31(1)(a) merupakan kesalahan pengabaian kanak-kanak yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun atau denda.

Seksyen 15(1) Akta Imigresen  pula merupakan kesalahan tinggal lebih masa dan boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya selain sebatan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang wanita ditahan selepas dipercayai mengasari kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) di sebuah pusat asuhan di Bandar Baru Ampang.

Suspek diberkas di pekarangan Pejabat Siasatan Seksual, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada pukul 1.50 tengah hari.

Tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada ayah mangsa setelah mendapati ada kesan lebam pada bahu kiri dan kedua-dua belah mata anaknya yang berusia 6 tahun 9 bulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI