fbpx

Hyerim umum kehamilan anak sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HYERIM

BEKAS anggota kumpulan Wonder Girls, Hyerim membuat pengumuman gembira apabila mendedahkan dirinya kini sedang hamil anak pertama.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi itu menerusi sebuah video berdurasi 13 saat dalam Instagramnya beberapa hari lalu.

Dalam video berkenaan, Hyerim yang memakai baju berwarna hitam melambaikan tangan sebelum kemudian menunjukkan bentuk perutnya yang semakin membesar.

“Kejutan! Saya dan suami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa kami akan menimang cahaya mata tidak lama lagi. Macam tak percaya. Tapi kami sangat gembira berkongsi berita ini kepada kalian,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Hyerim turut memuat naik video panjang mengenai kehamilannya dalam YouTube yang menampilkan suaminya, Shin Min-chul.

“Usia kehamilan saya masih baharu, jadi tidak ramai yang tahu. Kami memanggil bayi ini dengan gelaran Sarangie yang bermaksud cinta,” katanya.

Terdahulu, penyanyi itu berkahwin dengan Min-chul yang merupakan atlet taekwando pada Julai tahun 2020 selepas mula bercinta sejak 2013.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI