fbpx

16 maut pesawat bawa penerjun udara terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bangkai pesawat yang terhempas sehingga mengorbankan 16 nyawa. – AFP

MOSCOW – Sebuah pesawat ringan yang membawa sekumpulan penerjun udara terhempas di Rusia dan membunuh 16 penumpang serta mencederakan enam yang lain, kata Kementerian Kecemasan.

Pesawat enjin berkembar jenis L-410 yang membawa 22 individu itu dilaporkan terhempas pada pukul 9.23 pagi (waktu tempatan) berhampiran dengan bandar Menzelinsk di Republik Tatarstan.

“Enam individu telah diselamatkan manakala 16 lagi dilaporkan meninggal dunia,” kata kementerian tersebut pada saluran Telegram.

Berdasarkan beberapa imej yang dikongsikan kementerian, bangkai pesawat kelihatan terputus dua. 

Sementara itu, Presiden Tatarstan, Rustam Minnikhanov yang turut bergegas ke lokasi kejadian berkata, juruterbang melaporkan berlakunya kerosakan enjin dan membuat pendaratan cemas sejurus berlepas.

“Juruterbang cuba untuk mengelakkan pesawat daripada mengenai kawasan perumahan ketika ia cuba membuat pendaratan cemas, namun keadaaan ketinggian tidak membenarkan situasi itu berlaku,” katanya.

Sayap pesawat tersebut mengenai sebuah van yang sedang diparkir sebelum ia terbalik.

Susulan nahas tersebut, pasukan penyiasat Rusia melancarkan siasatan jenayah terhadap kemungkinan berlakunya pelanggaran peraturan keselamatan. – AFP 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI