fbpx

Samseng jalanan humban motosikal elak diperiksa polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Tindakan terdesak sekumpulan penunggang motosikal mengelak dicekup polis menyebabkan mereka sanggup ‘menghumban’ motosikal masing-masing ke dalam longkang sebelum melarikan diri dalam operasi di beberapa lokasi malam tadi.

Usaha sedang dijalankan bagi mengesan pemilik lima motosikal berkenaan.

Operasi Bersepadu Samseng Jalanan itu bermula pukul 10.30 malam hingga 5 pagi dengan lima lokasi serbuan iaitu di Pengkalan-Station 18, Meru Raya, Jalan Jelapang-Silibin, Tambun dan Jalan Gopeng-Batu Gajah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Deputi Superintendan Roslan Mohamed@Ab. Aziz berkata, dalam operasi itu, 11 lelaki diberkas kerana berlumba haram dan menunggang motosikal dengan aksi berbahaya di atas jalan raya.

Katanya, tangkapan mereka berusia 16 hingga 41 tahun itu akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Dalam operasi tersebut, kita telah memeriksa 107 kenderaan dan 215 individu di mana pelbagai kesalahan trafik dikesan terutama membabitkan motosikal.

“Sebanyak 56 saman dikeluarkan kerana didapati tidak mempunyai lesen, ubah suai ekzos dan kenderaan, nombor plat yang tidak mematuhi spesifikasi, tiada insurans dan cermin sisi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.-K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI