fbpx

PDRM tamatkan SJR di sempadan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan negeri akan ditamatkan tengah malam ini susulan pengumuman kerajaan tentang kebenaran aktiviti rentas negeri melibatkan golongan telah lengkap divaksin yang akan bermula esok.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bagaimanapun SJR di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), SJR Ops Benteng dan SJR Cegah Jenayah/ Keselamatan akan dikekalkan.

“Meskipun tiada SJR di sempadan negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan tetap menggerakkan pasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan masyarakat sentiasa mengamalkan SOP.

“Pemeriksaan-pemeriksaan ini akan dijalankan oleh pihak berkuasa secara rawak di lokasi tumpuan umum berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengambil lewa terhadap kelonggaran pergerakan yang telah diberikan dan sentiasa mengamalkan tahap pematuhan SOP yang tinggi demi mengelakkan penularan Covid-19 kembali meningkat.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI