fbpx

KKM perkasa usaha bantu pesakit mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang berusaha mengubah stigma melibatkan penyakit mental bagi memastikan golongan terkesan mendapat peluang rawatan dan dibantu tanpa perlu dipandang serong atau dikenakan tindakan undang-undang.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya menghadapi cabaran bagi membantu golongan terbabit kerana stigma negatif masih ada terhadap mereka yang cuba dapatkan bantuan dan dianggap tida siuman malah stigma itu perlu dibuang jauh-jauh.

Katanya, penyakit itu perlulah dinormalisasi supaya adalah normal untuk mereka yang mempunyai penyakit mental mendapatkan bantuan, rawatan dan kaunseling.

“Kerajaan sedang melakukan beberapa perkara bagi membantu golongan itu iaitu langkah pertama adalah dengan meminda undang-undang sedia ada berkaitan penyakit mental iaitu bunuh diri dan ini adalah langkah pertama untuk membuang stigma penyakit mental.

“Usaha kedua adalah dengan mengadakan kempen besar-besaran yang memberi kesedaran bahawa adalah normal seseorang yang mempunyai penyakit mental ataupun keluarga yang mempunyai ahli mereka mengalami penyakit itu mencari sokongan, bantuan dan rawatan,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian sempena majlis pelancaran Pelan Strategik Kesihatan Mental (2020 – 2025) dan Let’s Talk Minda Sihat sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2021 secara maya hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, selepas membuang stigma, pihaknya akan memperkasakan sokongan akses kepada yang memerlukan supaya golongan tersebut tidak ketinggalan dalam mendapatkan bantuan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI