fbpx

[KEMASKINI] Kes basikal lajak: Pemandu dilepaskan, dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sam Ke Ting tiba di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini hari ini.

JOHOR BAHRU – Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini hari ini mengekalkan keputusan dengan membenarkan seorang jurujual wanita dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, empat tahun lalu.

Tertuduh, Sam Ke Ting, 26, sebelum ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini tanpa dipanggil membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan, 28 Oktober 2019.

Keputusan itu diputuskan Majistret Siti Hajar Ali, yang membacakan keputusan kes diakhir pembelaan selepas tertuduh diarahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi, Februari lalu.

Siti Hajar yang membuat keputusan itu sebelum ini, sekali lagi memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap tertuduh di akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, keterangan diberikan tertuduh ketika membela diri adalah munasabah dan bukan penafian atau rekaan semata-mata.

“Setelah mendengar keterangan dikemukakan dan menimbang hujah pendakwaan serta pembelaan di akhir kes pembelaan, adalah tidak selamat untuk mensabitkan kesalahan ke atas tertuduh.

“Ini selepas mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes ini melampaui keraguan munasabah. Tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan,” katanya.

Siti Hajar berkata, antara alasan mahkamah membuat keputusan tersebut ialah mengambil kira keterangan tertuduh yang tidak ada pengetahuan terhadap aktiviti basikal lajak di lokasi kejadian pada pukul 3 pagi itu adalah munasabah.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI