fbpx

Guna Toyota Alphard seludup tiga PATI Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MPV jenis Toyota Alphard yang ditahan di SJR Lalang Pepuyu, Tanah Merah semalam. - Foto IHSAN PGA

RANTAU PANJANG – Taktik licik seorang lelaki warga Bangladesh menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah untuk menyeludup tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) dari negaranya gagal apabila mereka dicekup anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) tengah malam tadi.

Lelaki berusia 41 tahun itu dipercayai berperanan sebagai ‘transporter’ yang memandu MPV jenis Toyota Alphard ditahan pada pukul 12.20 tengah malam semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) Lalang Pepuyu dekat Tanah Merah di sini.

Pegawai Pemerintah Medan PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, pihaknya menahan sebuah MPV dari arah Rantau Panjang menghala ke Panglima Bayu, Tanah Merah selepas mendapati ia menggunakan cermin gelap di SJR berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan, PGA mendapati pemandu MPV itu mempunyai dokumen perjalanan yang sah manakala salah seorang daripada mereka didapati sudah tamat tempoh.

“Bagaimanapun, dua lagi warga Bangladesh yang berada di dalam MPV itu tidak mempunyai dokumen perjalanan.

“Sehubungan itu, ketiga-tiga PATI berusia antara 27 hingga 29 tahun itu termasuk pemandu MPV ditahan untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, kesemua warga Bangladesh dan MPV itu dibawa ke Balai Polis Lalang Pepuyu di sini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 55 E (1) akta sama. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI