fbpx

Empat negeri catat kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kelantan, Pahang, Kedah dan Johor merekodkan kluster baharu hari ini, kesemuanya berjumlah lapan kluster melibatkan lima kluster komuniti serta masing-masing satu kluster tempat kerja, kumpulan berisiko dan keagamaan.

Daripada jumlah tersebut, empat kluster dilaporkan di Kelantan iaitu Kluster Kampung Gertak Kechupu (13 kes) dan Kluster Kampung Jejulok (10 kes) di Kota Bharu serta Kluster Jalan Tali Air Kuala Lemal (10 kes) dan Kluster Taman Kenerek Jaya (tujuh kes) di Pasir Mas.

Pahang dengan satu kluster iaitu Kluster Kampung Londang di Maran (12 kes), Kedah pula Kluster Dah 13 Industri Baling di Baling dan Kuala Muda (26 kes) manakala, Johor melaporkan Kluster Jalan Seroja Muar (20 kes) di Muar dan Kluster Jalan Bunga Cempaka (sembilan kes) di Kota Tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh masih melepasi kes harian dengan 10,959 kes, menjadikan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,195,669 kes.

“Sebanyak 7,383 kes harian dilaporkan dengan dua daripadanya kes import dan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,339,594 kes.

“Daripada 7,373 kes harian yang dilaporkan, 133 kes (1.8 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 7,240 kes (98.2 peratus) kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, sebanyak 762 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 410 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI