fbpx

Bilik sewa jadi ‘port’ edar dadah diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bahrin Mohd. Noh (tengah) menunjukkan hasil rampasan pelbagai jenis dadah di sebuah bilik kediaman sewaan sekitar Taman Utama, Segamat, Johor semalam.-Foto FARAHWAHIDA AHMAD

SEGAMAT – Kegiatan tiga lelaki yang aktif melakukan jenayah mengedar dadah sekitar daerah ini tumpas apabila mereka ditahan di dalam sebuah bilik rumah sewa di Taman Utama di sini pagi semalam.

Dalam serbuan pada pukul 11 pagi itu, ketiga-tiga suspek yang ditahan masing-masing berusia 22, 30 dan 45 tahun.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd. Noh berkata, penahanan tiga lelaki itu membawa kepada penemuan bahan terlarang terbabit bernilai lebih RM9,275.

“Tangkapan itu dilakukan di sebuah bilik kediaman yang disewa sekitar Taman Utama di bandar Segamat hasil risikan sejak beberapa hari lalu.

“Kami merampas wang tunai sebanyak RM852, ganja seberat 88.80 gram (g), heroin (81.90g), syabu (37.70g) serta eramin 5 sebanyak lima biji selain beberapa buah telefon bimbit.

“Kesemua suspek memiliki 15 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah pecah rumah ” katanya pada sidang akhbar di IPD Segamat hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI