fbpx

Aktiviti rentas negeri dibenarkan bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk rakyat Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula esok, 11 Oktober 2021.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan keputusan itu rakyat bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong dan sebagainya.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap ketika sidang sidang media khas yang disiarkan secara langsung sebentar tadi.

“Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus. Data terkini akan dikemas kini di laman sesawang COVIDNOW pada tengah malam ini.

“Rentas negeri dibenarkan oleh kerajaan bermula esok jadi esok bebaslah dan inilah yang ditunggu oleh masyarakat. Bagaimanapun saya harap jangan ambil lewa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya pada sidang media khas dari Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI