fbpx
Ayob Khan menunjukkan gambar operasi yang dijalankan pihaknya ke atas dua premis hiburan yang melanggar SOP Fasa 3 PPN dalam sidang akhbar yang diadakan di IPK Johor, Johor Bahru hari ini.

119 individu seronok berhibur dikompaun RM620,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Polis Johor telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM620,000 menerusi dua serbuan terhadap pusat hiburan yang melanggar peraturan kerana beroperasi dalam tempoh Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, serbuan berasingan itu masing-masing dijalankan semalam dan hari ini di Taman Mount Austin dan Taman Cahaya Kota Puteri, Masai.

Menurut beliau, serbuan pertama melibatkan seramai 23 individu termasuk seorang lelaki penjaga premis dikenakan kompaun berjumlah RM135,000.

“Penjaga premis tersebut dikenakan kompaun sebanyak RM25,000 manakala 22 individu lain yang merupakan pelanggan dikenakan kompaun RM5,000 masing-masing.

“Sementara itu, serbuan kedua melibatkan pemberian kompaun kepada seramai 96 individu termasuk seorang wanita penjaga premis dengan nilai kompaun RM485,000,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini semalam.

Tambah Ayob Khan, dalam serbuan kedua tersebut, seramai lima individu ditahan melibatkan seorang wanita warga tempatan iaitu penjaga premis, tiga wanita warga asing kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan seorang lelaki warga tempatan kerana memiliki rekod dikehendaki bagi kesalahan berkaitan dadah.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Johor 4/98; Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya .- K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN