fbpx

Kes sembuh lepasi kes harian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Negara merekodkan 14,422 kes sembuh mengatasi kes harian, menjadikan jumlah kes sembuh Covid-19 sebanyak 2,184,711 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian merekodkan sebanyak 8,743 kes dengan 14 kes import, menjadikan jumlah kes Covid-19 sebanyak 2,332,221 kes.

“Daripada 8,743 kes harian yang dilaporkan, 122 kes (1.4 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 8,621 kes (98.6 peratus) kategori satu dan dua.

“Sebanyak 770 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 419 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ujarnya lagi, terdapat 10 kluster baharu dilaporkan terdiri daripada empat kluster tempat kerja, empat kluster komuniti serta dua kluster kumpulan berisiko tinggi. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI