fbpx

JBPM hargai komitmen PM tubuhkan Jawatankuasa Khas siasat kes Adib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamdan

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas komitmen menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menyiasat kes kematian Allahyarham Muhammad Adib Muhammad Kassim.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, penubuhan Jawatankuasa Khas ini juga adalah tanda keprihatian kerajaan kepada kebajikan penjawat awam.

“Terima kasih di atas kesungguhan dan komitmen Perdana Menteri dalam memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kematian Muhammad Adib.

“Ia suatu langkah yang sejajar dengan hasrat dan cadangan diutarakan JBPM agar segala kekusutan dan pertikaian yang berbangkit dalam kes kematian itu.

“Kami berharap siasatan kes kematian Muhammad Adib dapat dirungkai dengan penuh iltizam dan bertanggungjawab,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, beliau mewakili seluruh warga JBPM berdoa agar kes Muhammad Adib ini mendapat keadilan yang sewajarnya.

Mohammad Hamdan berkata, ia penting bagi menyampaikan mesej yang jelas kepada masyarakat awam bahawa keselamatan nyawa penjawat awam khususnya petugas barisan hadapan senantiasa menjadi keutamaan dan tanggungjawab kerajaan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI