fbpx

Seorang maut, dua parah angkara pemandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang berusia 19 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

KAJANG – Seorang maut manakala dua lagi cedera parah selepas kereta yang dinaiki terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Ramal di kilometer (km) 23.7 Lebuh Raya Silk, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 pagi itu, penumpang, Tan Ho Ying, 19, meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi termasuk pemandu cedera parah pada bahagian kepala dan seorang lagi hanya luka ringan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkusaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kemalangan berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dinaiki empat individu yang terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki.

“Kemalangan berlaku ketika kesemua individu yang berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun itu dalam perjalanan menghala balik ke rumah di Kajang selepas makan di Puchong.

“Sampai di tempat kejadian kereta yang disyaki dipandu dalam keadaan mabuk telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi batu di kiri jalan dan memasuki kawasan (R&R),” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, rempuhan kuat itu menyebabkan seorang penumpang maut manakala dua lagi cedera parah.

“Mayat mangsa dibawa ke Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat dan sampel daripada pemandu wanita yang berusia 20 tahun itu diambil untuk analisa kimia,” katanya.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI