fbpx

Kes aktif bawah 140,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pesakit sedang dirawat dan diasingkan terus menurun di bawah angka 140,000 dengan 132,175 kes dilaporkan semalam, demikian maklumat dipaparkan pada laman web CovidNow.

Berdasarkan data tersebut, angka itu melibatkan 106,903 kes dikuarantin di rumah, 16,328 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,097 kes di hospital, 402 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 445 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Selain itu, sebanyak 105 kes kematian Covid-19 direkodkan dengan dua daripadanya bagi tempoh 24 jam semalam.

“Ini menjadikan angka terkini kematian Covid-19 negara mencecah 26,981 kes.

“Terdapat 26 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan jumlah kes BID di seluruh negara sebanyak 5,424 kes,” menurut laman web tersebut di sini hari ini.

Kesemua kes kematian itu dilaporkan di Sarawak (27), Sabah (14), Johor (13), Kelantan (12), Selangor (10), Pulau Pinang (7), Perak (6), Kedah (4), Kuala Lumpur (3), Melaka (2), Terengganu (2), Negeri Sembilan (2), Perlis (2) dan Pahang (1). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI