fbpx

Kari Putih Penang dipilih mi sup terbaik antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MyKuali Penang White Curry telah mendapat tempat pertama selepas diadili juri-juri dan chef antarabangsa.

PETALING JAYA – Mi Segera Kari Putih Penang keluaran MyKuali diletakkan sebaris dengan jenama-jenama antarabangsa mi segera yang lain dalam kategori Mi Sup Segera Terbaik.

Menerusi satu laporan oleh The Strategist, agensi berita di Amerika Syarikat telah meletakkan jenama keluaran MyKuali iaitu ‘Penang White Curry’ di tempat pertama dalam kategori Mi Sup Segera Terbaik.

Berdasarkan laporan tersebut, difahamkan beberapa chef dan penulis makanan yang profesional telah terlibat dalam menghakimi beberapa makanan segera yang dicalonkan di sana.

Penang White Curry telah mendapat tempat pertama selepas diadili oleh Lucas Kwan Peterson yang merupakan kolumnis makanan untuk Los Angeles Times dan difahamkan sejak 2019 lagi beliau telah mengumpulkan senarai mi segera yang paling popular.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata orang ramai berasa bangga dan teruja apabila mi segera daripada Malaysia telah mendapat pengiktiran di perasada antarabangsa.

“Terbaik orang Penang, dah taraf-taraf antarabangsa mi segera buatan Malaysia. Tapi pilihan saya tetap maggie kari sebab itu sahaja sumber makanan pada hujung bulan,” kata Ezrie Mamat.

“Mi ini memang sedap pun, dia punya rasa dengan kuah yang pekat memang kena dengan tekak orang Malaysia, tapi harga dia mahal sikit dan susah untuk di cari,” jelas Sarah Lotfi.

“Jenama Mykuali memang ‘high recomend’ tapi harga mahal sikit, saya dah makan white curry, white fish broth, hokkien prawn memang sedap,” ujar Rena Nordin.

MyKuali adalah jenama Malaysia yang terletak di Pulau Pinang dan untuk rekod beberapa mi segera keluaran MyKuali juga telah mendapat pengiktiran antarabangsa. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI