fbpx

UFO dirakam mengelilingi letusan gunung berapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Objek tersebut dilihat muncul di bahagian kanan langit serta melintasi skrin video tersebut. - Reddit / AgingWisdom)

LA PALMA, SEPANYOL – Sebuah video menjadi tular di media sosial kerana memaparkan rakaman beberapa cahaya aneh daripada objek terbang tidak dikenali (UFO) yang sedang terbang menghampiri letusan gunung berapi, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dalam klip video yang dikongsikan di laman perkongsian Reddit, gunung berapi Cumbre Vieja di La Palma, Sepanyol pada ketika itu sedang meletus sehingga memuntahkan lahar ke arah langit.

Beberapa titik cahaya berwarna terang kemudiannya muncul di bahagian kanan langit serta melintasi skrin video tersebut.

Ia kemudiannya berpusing di udara sebelum kembali menuju ke arah gunung berapi.

Video yang didakwa dirakam pada 30 September itu menerima tontonan lebih 1,000 kali dengan ramai pengguna cuba memberikan pendapat masing-masing mengenai kejadian itu.

“Dron? Sama ada itu atau makhluk asing mahukan rakaman gunung berapi yang cantik,” komen seorang pengguna.

Seorang lagi pengguna kemudiannya menjelaskan bahawa objek itu tidak mungkin sebuah ‘dron biasa’ kerana haba daripada lahar gunung berapi akan mencairkan dron dan bidang magnetik yang kuat akan mengganggu isyarat alat kawalan jauh. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI