fbpx

Doktor sedih lihat bapa sado menangis bertemu anak pramatang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ciapan dimuat naik seorang pengamal perubatan tatkala menceritakan kisah lelaki 'sado' itu

PETALING JAYA- Biasanya lelaki dengan imej ‘sado’ menterjemahkan perwatakan maskulin, kuat serta keazaman untuk melindungi seseorang terutamanya insan tersayang seperti anak-anak dan isteri.

Bagaimanapun, berbeza dengan situasi seorang lelaki yang digambarkan mempunyai fizikal tegap selain bertatu dan bertindik, dia gagal mengawal perasaannya apabila terpaksa menitiskan air mata dihadapan seorang doktor.

Kisah itu dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan dikenali Dr. Redza Zainol menceritakan kisah seorang lelaki berbadan besar dan bertatu datang ke wad bayi bagi melihatnya anaknya yang baru lahir.

Katanya, anak lelaki ‘sado’ itu dilahirkan pramatang 28 minggu sekali gus menyebabkan semua organ dalamannya turut menjadi belum matang.

“Lepas bayi dilahirkan, paling penting ialah bayi mahu bernafas, tapi disebabkan paru-paru belum matang, dia perlukan bantuan pernafasan sambil saya tunjukkan satu tiub yang keluar daripada mulut bayi disambung terus ke mesin ventilator.

“Dia lihat anaknya, dan mata ayah itu mula berkaca-kaca, dia minta untuk duduk sebentar sebab kakinya terasa lemah. Perlahan-lahan dia menangis, dipegang kaki anaknya dan air mata jatuh,” katanya dalam satu ciapan di Twitter malam tadi.

Menurutnya, dalam satu buku menceritakan kekuatan otot, keazaman tinggi, semangat untuk bersaing dan tegas merupakan antara ciir maskulin seorang lelaki.

“Semua sifat lelaki hanyalah satu, iaitu mahu melindungi orang tersayang termasuklah isteri, anak-anak dan ahli keluarga lain.

“Namun, dalam keadaan ekstrim, bila dia tidak dapat lagi melindungi orang yang disayangi, dia hanya mampu menangis,” ceritanya.

Katanya lagi, isteri lelaki itu sedang berada dalam kesakitan selepas pembedahan, malah anak kecil pula dalam keadaan kritikal.

“Kalau kalian lihat lihat lelaki itu menangis, boleh jadi dia sedang hadapi keadaan luar biasa,” pesannya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN