fbpx

[VIDEO] Tali gantung menanti Lans koperal, remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
C. Harethaess (kiri) dan P. Darshan (baju putih) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan mengedar dadah jenis ekstasi bulan lalu. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan seorang remaja berdepan hukuman gantung sampai mati selepas mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mengedar dadah, bulan lalu.

Tertuduh, C. Harethaess, 27, yang bertugas di Balai Polis Labu, Negeri Sembilan dan P. Darshan, 19, yang bekerja sebagai pemandu sambilan mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa secara bersama mengedar dadah jenis ekstasi seberat 181.95 gram.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat letak kenderaan berhadapan sebuah pusat penjagaan kesihatan di Kota Southkey, di sini pada pukul 9.45 malam, 23 September lalu.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit bersalah, kedua-duanya boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI