fbpx

Hotel lima bintang tutup sementara operasi susulan Kluster Dah Teluk Nibung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LANGKAWI – Sebuah hotel lima bintang di pulau peranginan ini menutup sementara operasi secara sukarela selepas 59 pekerja serta kontak rapat mereka terdiri daripada ahli keluarga disahkan positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Othman Warijo berkata, penularan wabak itu adalah dalam Kluster Dah Teluk Nibung yang dilaporkan pada 1 Oktober lalu.

Kata beliau, kluster tersebut dikategorikan sebagai kluster tempat kerja.

“Siasatan awal mendapati penularan jangkitan disyaki dari komuniti dan seterusnya merebak ke tempat kerja.

“Sehingga hari ini, kluster itu melibatkan pekerja tempatan dan juga kontak rapat terdiri daripada ahli keluarga mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sehingga hari ini, seramai 249 orang telah disaring dengan 59 didapati positif, 192 negatif dan tiga lagi masih menunggu keputusan saringan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI