fbpx

14,000 tan biji-bijian gandum Australia dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 14,000 tan biji-bijian gandum dari Australia disita Maqsi di Dermaga Air Dalam di Butterworth kelmarin.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas lebih 14,000 tan biji-bijian gandum yang cuba dibawa masuk ke negara ini dengan mengemukakan maklumat mengelirukan melalui Pelabuhan Dermaga Air Dalam, Butterworth di sini kelmarin.

Maqis negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata, rampasan itu dibuat ketika pasukan penguatkuasa melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kapal kargo dari Australia di pelabuhan kargo pukal.

Menurut kenyataan itu, pihak berkaitan dipercayai melakukan kesalahan dengan mengemukakan maklumat yang berbeza dan mengelirukan pada Permit Import Maqis yang sah.

“Maqis Pulau Pinang berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk gandum putih standard dan gandum putih premium Australia dengan sebuah kapal kargo.

“Rampasan itu membabitkan 14,118,340 kilogram gandum yang dianggarkan bernilai hampir RM20.5 juta,” kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang jika disabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI